Tuesday, March 20, 2012

TAMADUN CHINA (part 3)




** SISTEM KEPERCAYAAN **

  1. Agama berupa kepercayaan berlandaskan ajaran Confucious dan Lao Tze.
  2. Confucious diasaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada tahun 551 SM
  3. Merupakan pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan etika manusia. Ajarannya mengenai tingkahlaku, kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang.
  4. Legalisme dihasilkan oleh Hsun Tzu. Ajarannya tidak menekankan moral tetapi merupakan suatu pendekatan pentadbiran yang pragmatik. Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan undang-undang yang ketat.
  5. Humanisme lebih menekankan sifat kasih sayang dan hormat-menghormati.



**SISTEM SOSIAL**

Sistem sosial masyarakat Cina berkaitan dengan susunan hierarki, penyatuan, keharmonian sosisal, kebaikan moral, tanggungjawab secara kolektif dan kumpulan.




TAMADUN CHINA (part 2)


**SENI BINA DALAM TAMADUN CHINA**

TEMBOK BESAR CHINA


  1. Dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking
  2. Pembinaan dimulakan oleh Maharaja Shih Huang Ti dalamDinasti Chin
  3. Panjangnya 5000 km, lebar 4.5 hingga 9 meter dan tingginya 7.5 meter
  4. Bertujuan untuk menghalang serangan orang-orang Hun semasa Dinasti Ming, tembok tersebut disambung sehingga 6400 km panjang
  5. Menggunakan tenaga melebihi 30000 orang

KEDIAMAN MAHARAJA
  • Kawasan dalam tembok menempatkan istana Maharaja
  • Sebuah istana yang masih kekal ialah Kota Larangan
  • Kota Larangan mempunyai banyak dewan dan taman
  • Dewan berfungsi sebagai balai penghadapan dan tempat hukuman, keraian dan perjumpaan





TAMADUN CHINA (part 1)


Tamadun China dipercayai bermula kira-kira tahun ke-6 sebelum Masihi dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi. Berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik (Zaman Batu Baru) di Yang Shao menunjukkan kebudayaan Yang Shao telah wujud pada milennium ke-5. Tapak tradisi kebudayaan Yang Shao dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe ( The Yellow River) kerana kawasan ini ini mempunyai tanah yang subur, lembap dan mudah dikerjakan sebagai kawasan pertanian dan penempatan. Kegiatan awal bangsa Yangshoa ialah pertanian, penternakan babi dan mengukir tembikar (painted pottery) adalah dipercayai bijiran (millet) adalah makanan asasi atau ruji bangsa Yangshoa. Perkembangan peradaban bangsa Yangshoa dibahagian kepada tengah dan utara negara China. Kebudayaan Longshan bermula sejak pertengahan kurun ke-2. Perkembangan peradaban bangsa Yangshoa dibahagian kepada tengah dan utara negara China. Kebudayaan Longshan bermula sejak pertengahan kurun ke-2 dan zaman Gangsa Awal (Bronze Age ) lewat milennium ke-2 atau milennium pertama. Pertemuan arkeologi menunjukkan peradaban ini terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui, diprovinsi Suchuan. Peradaban ini lebih maju berbanding ketamadunan Yangshoa, di mana tembikar yang dijumpai menunjukkan ia berkualiti, kerana dipercayai menggunakan mesin peroda tembikar (potter's wheel) dalam pengeluarannya. Dalam tahun 1766SM-1122SM, gangsa dinilai sebagai simbol elit oleh Dinasti Shang dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting semasa pemerintahannya. Zaman Dinasti memperlihatkan perkembangan tamadun yang lebih kompleks dengan pembentukkan negara Kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan pekerjaan dan wujudnya sistem masyarakat yang berlapis.