Sunday, March 18, 2012

TAMADUN INDIA (part 1)

Tamadun India merupakan tamadun yang telah berumur lebih daripada 5000 tahun dan boleh dibahagikan kepada beberapa zaman umpamanya ZamanPrasejarah, Zaman Veda, Zaman Dinasti Maurya, Zaman Empayar Gupta, Zaman Kerajaan Islam, Penjajahan Portugis dan Belanda, Zaman Pemerintahan British dan Zaman Merdeka.

Nama Negara India dalam Zaman Klasik adalah berasaskan kepada bahasa Sanskrit iaitu Bharata-Varsha atau Bhrarata-Khanda bersempena nama seorang pemerintah India ketika itu iaitu Bharata. Nama lainbagi India ialah Jambu-Dvipu. Orang-orang Greek menamakan sebagai Indu. Berdasarkan kepada nama Indu,inilah maka India dikenali sebagai sebuah Negara (Mohd Arip & Zulkifli Mohamad,2006).

Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800SM. Selepas tempoh ini, tamadun Indus telah mengalami keruntuhan.Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus. Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad-7 SM perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganghes.

Pada zaman ini,terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja. Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu Janapada atau kerajaan kecil dan Mahajanapada atau kerajaan besar. Dibawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan.Pada tahun 321 SM, telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India utara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka (Sazelin Arifet,2009).

**SEJARAH TAMADUN INDIA**

Sejarah kemunculan Tamadun India boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:

i) Zaman Awal (100,000 SM – 1000 SM)

Zaman Awal dalam sejarah tamadun India boleh dipecahkan kepada : Zaman Pra-Sejarah, Tamadun Lembah Indus, Zaman Vedik, Empayar Maurya, Empayar Gupta, Zaman Sangam, Zaman Pallava dan Zaman Chola.

ii) Zaman Pertengahan (1000-1756M)

Zaman pertengahan adalah zaman gemilang bagi umat Islam.Dalam tempoh ini, Islam memerintah India selama hampir 800 tahun dan bilangan umat Islam meningkat kepada 150 juta orang. Islam berjaya meletakkan batu asas pemerintahannya pada abad ke-8 M melalui Muhammad Al-Qasim yang telah berjaya membuka wilayah Sind pada tahun 706 M/87 H. Kedatangan Islam diikuti dengan penyebaran dan penubuhan kerajaan Islam.

iii) Zaman Moden (1857 M – kini)

Zaman moden terkenal sebagai zaman penjajahan apabila datangnya penjajah British pada tahun 1857 membawa berlakunya pembahagian bumi India kepada tiga buah Negara (India, Pakistan dan Bangladesh). Rentetan daripada itu, sebahagian besar daripada umat Islam kemudiannya berpindah ke Pakistan dan Bangladesh.Manakala sebahagian kecildaripadanya masih terus menetap di Negara India (baru) (Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, 2009 : 1-7)


No comments: