
** NILAI TAMADUN INDIA **
- Kepercayaan terhadap doktrin karma yang berkaitan dengan tindakan dan balasan.
- Hukum karma menetapkan perbuatan baik dibalas baik dan perbuatan jahat dibalas jahat di dalam kehidupan yang akan datang.
Antara nilai-nilainya adalah ;
Menolak kemewahan hidup
Mengamalkan kehidupan besederhana atau zuhud, mereka akan hidup semula sebagai Brahmin.
Suami mesti menyayangi isteri
Mengamalkan cerita-cerita yang dibaca dalam Hikayat Mahabrata. Setiap suami perlu
melindungi isterinya daripada gangguan orang lain.
Dilarang meminum arak
Kebaikan tidak akan mendekati peminum arak, malah peminum arak akan dihina oleh manusia dan ia adalah racun.
Mentaati ibu bapa
Ketaatan kepada ibu bapa dikatakan merupakan cara untuk mencapai kesempurnaan hidup.
Menguasai nafsu
Nafsu yang bebas akan membawa kemusnahan. Mereka akan merumuskan kebolehan mengawal nafsu memberi banyak kebaikan dan mencapai tahap tertinggi.
Keadilan dalam pemerintahan
Setiap pemerintah perlu adil kerana kepada pemerintahlah rakyat bergantung nasib. Oleh itu, pemerintah yang zalim perlu dihapuskan bagi menjamin masa depan rakyat.

**PENGARUH KESENIAN DALAM TAMADUN INDIA**
Kesusasteraan
- Kesusasteraan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kesusasteraan Sanskrit (Vedik, Epik dan Sekular) dan Kesusasteraan Tamil (Sangam, Epik, Etika dan Bhakti). Karya buku veda dan epik seperti Ramayana dan Mahabrata yang menjadi ikutan sehingga kini.
Seni Bina
- Bangunan-bangunan yang dibina di bandar Mohenjo Daro begitu kukuh dengan menggunakan batu-bata yang mempunyai saiz yang sama, bentuknya hampir seragam dan boleh dikatakan setiap rumah mempunyai bilik mandi. Tempat mandian awam yang turut dibina iaitu The Great Bath yang berukuran 11.8 meter panjang, 7 meter lebar dan 2.4 dalam. Terdapat sistem saliran dan pembentungan bawah tanah, jalanraya yang lurus, longkang dan terusan. Pembinaan bangunan-bangunan ini menjadikan bandar Mohenjo Daro sebagai bandar terancang.
No comments:
Post a Comment