Sunday, March 18, 2012

TAMADUN INDIA (part 2)


** NILAI TAMADUN INDIA **

  1. Kepercayaan terhadap doktrin karma yang berkaitan dengan tindakan dan balasan.
  2. Hukum karma menetapkan perbuatan baik dibalas baik dan perbuatan jahat dibalas jahat di dalam kehidupan yang akan datang.
Antara nilai-nilainya adalah ;

Menolak kemewahan hidup

Mengamalkan kehidupan besederhana atau zuhud, mereka akan hidup semula sebagai Brahmin.

Suami mesti menyayangi isteri
Mengamalkan cerita-cerita yang dibaca dalam Hikayat Mahabrata. Setiap suami perlu
melindungi isterinya daripada gangguan orang lain.

Dilarang meminum arak

Kebaikan tidak akan mendekati peminum arak, malah peminum arak akan dihina oleh manusia dan ia adalah racun.

Mentaati ibu bapa

Ketaatan kepada ibu bapa dikatakan merupakan cara untuk mencapai kesempurnaan hidup.

Menguasai nafsu

Nafsu yang bebas akan membawa kemusnahan. Mereka akan merumuskan kebolehan mengawal nafsu memberi banyak kebaikan dan mencapai tahap tertinggi.

Keadilan dalam pemerintahan

Setiap pemerintah perlu adil kerana kepada pemerintahlah rakyat bergantung nasib. Oleh itu, pemerintah yang zalim perlu dihapuskan bagi menjamin masa depan rakyat.




**PENGARUH KESENIAN DALAM TAMADUN INDIA**

Kesusasteraan

  • Kesusasteraan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kesusasteraan Sanskrit (Vedik, Epik dan Sekular) dan Kesusasteraan Tamil (Sangam, Epik, Etika dan Bhakti). Karya buku veda dan epik seperti Ramayana dan Mahabrata yang menjadi ikutan sehingga kini.
Seni Bina
  • Bangunan-bangunan yang dibina di bandar Mohenjo Daro begitu kukuh dengan menggunakan batu-bata yang mempunyai saiz yang sama, bentuknya hampir seragam dan boleh dikatakan setiap rumah mempunyai bilik mandi. Tempat mandian awam yang turut dibina iaitu The Great Bath yang berukuran 11.8 meter panjang, 7 meter lebar dan 2.4 dalam. Terdapat sistem saliran dan pembentungan bawah tanah, jalanraya yang lurus, longkang dan terusan. Pembinaan bangunan-bangunan ini menjadikan bandar Mohenjo Daro sebagai bandar terancang.


TAMADUN INDIA (part 1)

Tamadun India merupakan tamadun yang telah berumur lebih daripada 5000 tahun dan boleh dibahagikan kepada beberapa zaman umpamanya ZamanPrasejarah, Zaman Veda, Zaman Dinasti Maurya, Zaman Empayar Gupta, Zaman Kerajaan Islam, Penjajahan Portugis dan Belanda, Zaman Pemerintahan British dan Zaman Merdeka.

Nama Negara India dalam Zaman Klasik adalah berasaskan kepada bahasa Sanskrit iaitu Bharata-Varsha atau Bhrarata-Khanda bersempena nama seorang pemerintah India ketika itu iaitu Bharata. Nama lainbagi India ialah Jambu-Dvipu. Orang-orang Greek menamakan sebagai Indu. Berdasarkan kepada nama Indu,inilah maka India dikenali sebagai sebuah Negara (Mohd Arip & Zulkifli Mohamad,2006).

Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800SM. Selepas tempoh ini, tamadun Indus telah mengalami keruntuhan.Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus. Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad-7 SM perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganghes.

Pada zaman ini,terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja. Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu Janapada atau kerajaan kecil dan Mahajanapada atau kerajaan besar. Dibawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan.Pada tahun 321 SM, telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India utara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka (Sazelin Arifet,2009).

**SEJARAH TAMADUN INDIA**

Sejarah kemunculan Tamadun India boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:

i) Zaman Awal (100,000 SM – 1000 SM)

Zaman Awal dalam sejarah tamadun India boleh dipecahkan kepada : Zaman Pra-Sejarah, Tamadun Lembah Indus, Zaman Vedik, Empayar Maurya, Empayar Gupta, Zaman Sangam, Zaman Pallava dan Zaman Chola.

ii) Zaman Pertengahan (1000-1756M)

Zaman pertengahan adalah zaman gemilang bagi umat Islam.Dalam tempoh ini, Islam memerintah India selama hampir 800 tahun dan bilangan umat Islam meningkat kepada 150 juta orang. Islam berjaya meletakkan batu asas pemerintahannya pada abad ke-8 M melalui Muhammad Al-Qasim yang telah berjaya membuka wilayah Sind pada tahun 706 M/87 H. Kedatangan Islam diikuti dengan penyebaran dan penubuhan kerajaan Islam.

iii) Zaman Moden (1857 M – kini)

Zaman moden terkenal sebagai zaman penjajahan apabila datangnya penjajah British pada tahun 1857 membawa berlakunya pembahagian bumi India kepada tiga buah Negara (India, Pakistan dan Bangladesh). Rentetan daripada itu, sebahagian besar daripada umat Islam kemudiannya berpindah ke Pakistan dan Bangladesh.Manakala sebahagian kecildaripadanya masih terus menetap di Negara India (baru) (Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, 2009 : 1-7)


Saturday, March 17, 2012

TAMADUN ISLAM





Tamadun Islam dapat didefinisikan sebagai pencapaian umat Islam dalam bidang kerohanian, dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, sains dan teknologi, undang‐undang, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya yang bersumberkan al‐Quran dan al‐Sunnah.


**CIRI-CIRI**

Rabbani
Syumul
Umum
Ideal dan realistik

**FAKTOR KEJAYAAN TAMADUN ISLAM**


1. Faktor kehebatan Islam
2. Kemajuan ilmu pengetahuan
3. Keutuhan sistem ekonomi Islam
4. Faktor politik

**FAKTOR KEMEROSOTAN TAMADUN ISLAM**


1. Fahaman assabiyah
2. Krisis akhlak pemimpin
3. Peranan ulamak dipinggirkan
4. Serangan tentera salib

**PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA**


1. Kewujudan sistem pentadbiran Islam yang dianggotai ;
  • Sultan (Raja) - Ketua Negara dan kerajaan
  • Kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, dan penyelia baitulmal
2. Ilmu Islam telah dapat disebarkan melalui beberapa medium ;

  • Pesantren
  • Madrasah
  • Surau
  • Pondok
3. Pengaruh Islam dari segi bahasa dan kesusasteraan iaitu melalui ;

  • Penggunaaan istilah arab (sultan, masjid, syukur, dll)
  • Bahasa Melayu menjadi bahasa Lingua Franca
  • Hasil kesusasteraan Melayu terpengaruh dengan bentuk, gaya dan tatabahasa Arab ( syair, gurindam dan cerita hikayat)
  • Tulisan jawi